Rumah panjang ranap terbakar, 11 keluarga tinggal sehelai sepinggang

BINTULU—Sebelas keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang mereka di Rumah Chaong Sungai Sedaun Tubau musnah terbakar awal pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad, sepasukan anggota BBP Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran pada jam 7.30 pagi tadi.

"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati rumah panjang jenis tidak kekal itu sudah hampir musnah sepenuhnya," ujar beliau.

Adalah difahamkan bahawa jarak rumah panjang terbabit dianggarkan sekitar 120 kilometer dari Bandar Bintulu dengan menggunakan Jalan Bintulu-Bakun.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu nozel salur bantu mula sehingga api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 10.50 pagi.

Maklumat awal yang diterima mengatakan semua penghuni tidak mengalami sebarang kecederaan disebabkan berjaya lari menyelamatkan diri.

Setelah api berjaya dikawal, pasukan him bertolak semula balik ke balai.

Gambar BBP Bintulu
Next Post Previous Post