PGU Sarawak bawa pulang jenazah mendiang Inspektor Sandes ke Kuching

KUCHING— Jenazah mendiang Inspektor Sandes Edwin Umpang yang meninggal dunia di Miri, dibawa pulang ke Kuching dengan menggunakan penerbangan ihsan pada Sabtu.

Penerbangan dilakukan dengan menggunakan pesawat Cessna Caravan 208 milik Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sarawak.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataan di Facebook berkata, penerbangan yang diketuai oleh juruterbang, DSP Ng Chuen Beng.

Penerbangan yang turut disertai balu bersama ahli keluarga mendiang berjalan lancar dengan keadaan cuaca juga dilaporkan baik. 

Ketibaan jenazah mendiang Inspektor Sandes di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching telah disambut oleh Unit Kebajikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan akan dibawa pulang ke Taman Samarindah, Kota Samarahan bagi urusan pengebumian.

Mendiang Inspektor Sandes, 52, merupakan pegawai kanan polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Miri.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.