Dua kes ragut rantas emas selesai, seorang lelaki di meringkuk di lokap

Seorang wanita mengalami kerugian RM5,000 apabila rantai  emas berloket  yang dipakainya diragut seorang  lelaki  memakai topi keledar berhampiran sebuah kedai  runcit di Kampung Bukit Kota

LIMBANG—Hasil risikan tiga bulan bahagian Siasatan Jenayah Limbang berjaya menahan seorang lelaki  pada Ahad lepas yang dipercayai terlibat dua kes ragut di bandar ini.


Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden  Parum Niot berkata, dengan penahanan suspek berusia 36 tahun itu pihaknya berjaya menyelesaikan dua kes ragut rantai emas yang berlaku pada Februari dan April tahun ini.


“Berdasarkan fakta kes suspek terbabit telah dipercayai  menyamun  mangsa wanita  berumur 59 tahun pada 28 Februari kira-kira jam  1030 pagi di hadapan kediaman rumah mangsa di sekitar kawasan Jalan Batu Biah.


“Sementara itu, mangsa kedua juga seorang wanita berumur  63 tahun telah di samun pada 14 April lepas pada sekitar jam 10.35 pagi di tepi jalan utama Buangsiol berhampiran sebuah kedai runcit,”katanya dalam kenyataan media hari ini.

Wanita disembur racun serangga oleh seorang lelaki yang memakai topi keledar sebelum melarikan rantai emas dileher mangsa.

Parum berkata pihaknya telah  membuka kertas siasatan bagi kedua-dua kes itu di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan.


“Kita menasihati orang ramai  supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga semasa bersendirian atau di tempat parkir bagi mengelakkan kes samun ragut dan mengelak  daripada berjalan sendirian di kawasan sunyi.


 “Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, boleh dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang dan ikuti laman facebook @ipdlimbang atau hubungi terus talian 085-21146 bagi mendapatkan Info keselamatan,”jelasnya. 

Next Post Previous Post