Bomba selamatkan lelaki terperangkap dalam kereta diselamatkan, kereta dipandu terbalik di tengah jalan
BINTULU: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbalik di tengah jalan dalam kemalangan kendiri yang berlaku di Jalan Bintulu-Sibu awal pagi tadi.
Jurucakap Pasukan Bravo BBP Bintulu dalam kenyataannya hari ini berkata, seramai 8 anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian dengan menggunakan jentera bomba dan EMRS sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 4.02 pagi.
"Sampai di lokasi pasukan bomba mendapati kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah kereta model Perodua Myvi yang terbalik atas jalan yang mana seorang mangsa yang merupakan lelaki berusia 30 tahun masih berada di tempat duduk belakang ," ujarnya.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan kaedah saver sebelum menyerahkannya kepada petugas KKM bagi diberikan rawatan lanjut.
Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak balik semula ke balai.
Gambar BBP Bintulu
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.