Bayi maut selepas kunyah wayar pengecas telefon mudah alih

BENGALURU— Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas mengunyah wayar pengecas telefon mudah alih yang masih mempunyai arus elektrik.

Menurut laporan berita Latestly, kejadian itu berlaku di Karwar, daerah Kannada di Kartanaka pada Rabu.

Mendiang Sanidhya Kalgutkar adalah anak perempuan Santhosh Kalgutkar dan Sanjana Kalgutkar.

Polis berkata, pengecas telefon mudah alih itu dibiarkan dalam keadaan disambungkan ke soket dengan suis tidak dimatikan.

“Ahli keluarga mendiang terlupa menutup suis selepas mengecas.

“Mangsa yang ditinggalkan sendirian berhampiran soket itu kemudian memegang wayar sebelum mengunyah pin wayar pengecas mudah ali dan terkena renjatan elektrik,” kata laporan itu.

Ahli keluarga mengejarkan Sanidhya ke hospital bagaimanapun, doktor kemudian mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.

Bapanya, Santhosh Kalgutak yang merupakan pekerja kontrak Syarikat Bekalan Elektrik Hubali Hescom rebah di tempat kerja selepas mendengar kematian bayi itu.

Dia kemudiannya dimasukkan ke hospital manakala Sanidhya dipindahkan ke bilik mayat. Mendiang adalah anak perempuan ketiga Santhosh.

 Polis telah memulakan siasatan terhadap kejadian itu.
Next Post Previous Post