Ular sawa kekenyangan telan ayam ditangkap

MIRI— Seekor ular sawa sepanjang 1.3 meter tidak larat melarikan diri selepas kekenyangan menelan seekor ayam dalam reban milik seorang penduduk di Kampung Pulau Melayu awal pagi tadi.

Atas faktor keselamatan, seorang lelaki yang merupakan pemilik reban ayam berkenaan bertindak menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bagi menjalankan khidmat khas menangkap ular sawa terbabit pada jam 9.09 pagi.

Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seekor ular sawa di dalam reban ayam seperti dilaporkan oleh pelapor. 

Pasukan bomba bertindak menangkap ular menggunakan penjerut ular sehingga berjaya dan telah dilepaskan ke habitat asal.

Setelah selesai operasi, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

Gambar BBP Lutong
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.