Tiong, wanita China bertemu SPRM hari ini
KUALA LUMPUR— Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan seorang wanita China akan bertemu dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan pertemuan itu bagi membantu siasatan dakwaan rasuah melibatkan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Khamis lalu, media arus perdana melaporkan Ahli Parlimen Bintulu itu melepasi kaunter imigresen untuk "menyelamatkan" seorang pelancong yang ditahan.
Menteri itu mengakui perbuatannya dan berkata ia bagi mendedahkan wujud amalan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan sebilangan kakitangan JIM yang bertugas di pintu masuk utama negara.
Tiong mendakwa wanita China itu bukanlah orang pertama yang menerima layanan sedemikian apabila tiba di Malaysia.