Puluhan kubur diconteng cat semburan
BINTULU—Puluhan unit kubur di Tanah Perkuburan Islam Kemunting di sini diconteng menggunakan cat semburan.
Kejadian ini hanya disedari oleh orang awam yang menziarah ke kubur saudara mereka di kawasan perkuburan berkenaan tengah hari tadi.
Difahamkan bahawa kubur yang terjejas disembur dengan bermacam-macam tulisan termasuk kata-kata yang kesat dan kurang sopan.
Borneo Network turut difahamkan bahawa kes ini merupakan kes pertama yang dilaporkan dan melibatkan banyak unit kubur.
Justeru, mana-mana orang individu yang mempunyai ahli keluarga yang dikuburkan di tanah perkuburan terbabit agar memeriksa perkuburan sanak-saudara masing-masing.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.