PETRONAS Carigali umum 6 penemuan minyak, gas di Sarawak

KUALA LUMPUR--Petronas hari ini mengumumkan enam penemuan minyak dan gas (O&G) di lima blok di kawasan luar pantai Sarawak.

Penemuan itu merangkumi masing-masing telaga Gedombak di Blok SK306 dan telaga Mirdanga di Blok SK411 di wilayah Balingian; telaga Sinsing di Blok SK313, telaga Machinchang dan Pangkin di Blok SK301B serta telaga Kalung Emas di Blok SK315 di wilayah Luconia Barat.

“Kesemua enam penemuan itu adalah daripada kelompok medan minyak baharu serta sedia ada yang mempamerkan tahap bahan cemar yang rendah,” kata Petronas satu kenyataan, dipetik Sinar Harian.

Menurut Petronas, penemuan terbabit adalah menerusi usaha cari gali domestik secara intensif yang dijalankan pada akhir 2022 yang turut membawa kepada penemuan Nahara-1 di Blok SK306.

Gambar Hiasan Petronas
Next Post Previous Post