Penunggang, pembonceng maut motosikal langgar pokok

KUCHING— Dua lelaki tempatan maut selepas motosikal yang mereka tunggang terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Jalan Sultan Tengah, di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa masing-masing berusia 39 dan 48 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS).

 “Siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Kampung Pasir Pandak menghala ke Santubong telah terbabas dan melanggar sebatang pokok di bahu jalan sebelah kiri.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HUS bagi tujuan bedah siasat untuk
mengenalpasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Next Post Previous Post