Penduduk Kampung Melango resah ancaman hakisan

SARATOK— Hakisan tanah yang melanda tebing Sungai Saratok menyebabkan kira-kira lapan buah rumah di Kampung Melango terjejas hari ini.

Pengadu, Abdul Khalid Litti Kalit berkata, masalah hakisan itu semakin serius setiap kali fenomena air pasang besar berlaku menyebabkan penduduk dalam keadaan resah.

“Masalah hakisan ini berlaku sedikit demi sedikit, namun apa yang menghairankan tiada tindakan dari pihak yang bertanggungjawab.

“Sebelum ini hakisan tersebut merosakkan tiga buah rumah penduduk sehingga mereka terpaksa berpindah ke tempat lain yang lebih selamat,” katanya kepada Borneo Network hari ini.

Abdul Khalid menambah, masalah hakisan di tebing Sungai Sarawak perlu diselesaikan dengan segera memandangkan masalah hakisan semakin cepat berlaku.

“Setakat ini, lebih kurang 50 meter tanah telah terhakis malah kerosakan semakin meningkat dari hari ke hari. 

“Penduduk kampung yang terjejas tiada pilihan terpaksa merobohkan rumah dan memerlukan penempatan baharu yang selamat,” katanya.

Beliau menambah, wakil rakyat kawasan yang dimaklumkan mengenai masalah ini pernah datang melihat sendiri pada Mei lalu namun sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang tindakan,” katanya.

Tambahnya, penduduk kampung yang terjejas tiada pilihan terpaksa merobohkan rumah dan memerlukan penempatan baharu yang selamat.

Berdasarkan perkongsian video, kawasan tepi sungai yang asal menempatkan bot sebelum terjejas kerana hakisan.
Next Post Previous Post