Lelaki tanpa identiti ditemukan maut dipercayai dilanggar lari di KM74, Jalan Sibu-Bintulu
SELANGAU — Lelaki tanpa identiti ditemukan maut dipercayai dilanggar lari di KM74, Jalan Sibu-Bintulu pagi tadi.
Ketua Polis Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 6.30 pagi.
“Siasatan awal disyaki sebuah kenderaan dalam perjalanan dari Bintulu ke Sibu telah melanggar mangsa.
“Mangsa berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun disahkan maut di lokasi kejadian,”
“Tiada sebarang kad identiti pada mangsa dan usaha mengesan waris sedang dilakukan,” katanya dipetik portal New Sarawak Tribune hari ini.
Beliau menambah, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat.
Orang awam yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Insp Mohd Rahmat Jalimin di talian 011-31627137 atau Ibu Pejabat Polis Mukah di talian 084-871222
Gambar media sosial
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.