Lelaki alami kecederaan, Toyota Wish dipandu rempuh pokok
Kemalangan di Sibu, Accident Sibu, Langgar pokok di Sibu, Sibu.
SIBU--Seorang lelaki mengalami kecederaan pada bahagian kaki kiri selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang pokok tepi jalan di kawasan Batu 7 Jalan Tunku Abdul Rahman di sini malam tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota BBP Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 9.56 malam.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah kereta jenis Toyota Wish terlanggar sebatang pokok tepi jalan," ujarnya.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa yang masih berada di tempat duduk pemandu hadapan.
Mangsa yang mengalami kecederaan bahagian kaki kiri mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh pasukan KKM sebelum dihantar je Hospital Sibu bagi diberikan rawatan lanjut.
Gambar PGO Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.