Lelaki cedera, pikap rempuh penghadang jalan

BETONG: Penghadang jalan menjadi penyelamat tiga rakan apabila pikap yang dinaiki terbabas dan nyaris terjunam ke sungai dalam kemalangan kendiri yang berlaku di Jambatan Bebangai dekat sini sekitar tengah malam tadi.

Mereka yang dalam perjalanan dari Debak menghala ke Betong telah terbabas akibat jalan licin dan hilang kawalan.

Kejadian tersebut menyebabkan salah seorang daripada mangsa cedera pada paha kanan selepas terlibat dalam kemalangan kendiri tersebut.
 
Kenderaan mangsa turut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Betong menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 12.16 pagi yang memaklumkan berhubung kemalangan tersebut.

Skuad Charlie telah digerakkan ke lokasi bagi membantu mangsa. Ketika tiba di lokasi mendapati benar berlaku kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah pikap dan terdapat tiga mangsa.

Salah seorang mangsa mengalami kecederaan dan terdapat kesan luka, calar balar di bahagian paha kanan. Walaubagaimanapun mangsa enggan dibawa ke hospital. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Betong, Kapt.(PA) Siti Huzaimah Haji Ibrahim mengesahkan telah menerima laporan tersebut.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.