Lelaki alami kecederaan, motosikal ditunggang terjunam ke dalam parit

BINTULU: Seorang lelaki berusia 38 tahun mengalami kecederaan selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terjunam ke dalam parit besar tepi jalan berhampiran lampu isyarat Kemunting petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya berkata, sepasukan anggota BBP Bintulu bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 5.18 petang.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati sememangnya berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah motosikal terjatuh ke dalam parit besar sedalam empat kaki," ujarnya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan stretcher dari parit tersebut.

Setelah berjaya mengeluarkan mangsa dari dalam parit, pihak bomba telah menyerahkan mangsa kepada pihak Hospital Bintulu untuk tindakan selanjutnya.

Gambar PGO Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.