Kereta dan 4WD bertembung lalu terbakar, enam nyaris maut

MIRI: Sebuah kereta dan pacuan empat roda (4WD) musnah terbakar sejurus bertembung dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Bekelit Ulu di Batu Niah pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak,  sepasukan anggota BBP Batu Niah bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 11.21 pagi.

Tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati berlakunya kebakaran melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi yang dinaiki empat orang penumpang dan sebuah Toyota Hilux Single Cab dinaiki dua orang penumpang yang sedang membawa muatan sawit.

"Seorang pemandu kereta dan seorang kelindan Toyota Single Cab telah dibawa ke klinik oleh orang awam sebelum ketibaan pihak Bomba," ujarnya 

Manakala itu, hanya tiga orang penumpang Perodua Myvi yang masih berada di lokasi.
Dimaklumankan, kerja-kerja menyelamat mangsa turut dibantu oleh pekerja Pan Borneo yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Pasukan Bomba turut membuat size-up dengan menggunakan PPE lengkap dan menggunakan satu salur bantu mula memadam kebakaran sehingga selesai. 

Kebakaran tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post