GPS perincikan strategi kempen PRN 6 negeri malam ini - Fadillah
KUCHING— Persoalan bagaimana Gabungan Parti Sarawak membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di bawah kerajaan Perpaduan akan terjawab malam ini.
Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, strategi kempen tersebut akan diperincikan dalam mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS, yang akan dipengerusikan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Memetik MalaysiaKini, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, mesyuarat itu antara lain membincangkan keperluan di peringkat parti yang bertanding khususnya mewakili Kerajaan Perpaduan.
“Sekiranya memerlukan penglibatan saya secara langsung, saya bersedia melaksanakannya atas arahan Premier Sarawak Abang Johari,” katanya dilselepas menghadiri Majlis Penganugerahan Kebangsaan Shell LiveWIRE di sini, hari ini.
Pada 2 Julai lepas, media melaporkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pemimpin GPS dapat turun padang membantu calon BN menghadapi PRN.
Ahmad Zahid berkata beliau mahu agenda kestabilan politik di Sarawak menjadi contoh, serta diguna pakai oleh jentera gabungan berkenaan semasa berkempen.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan diadakan serentak, dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian, manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.