Dua loji hidrogen di Kidurong tawar 1,000 peluang pekerjaan

KUALA LUMPUR-- Sarawak menjadi pengeluar utama tenaga hidrogen di rantau ini dengan pembinaan dua loji di Kidurong yang dijangka siap menjelang 2027.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni berkata, loji itu dibangunkan dengan kerjasama syarikat dari Korea Selatan dan Jepun.

"Apabila beroperasi kelak, ia akan membuka kira-kira 1,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak," katanya dalam sidang media mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Majlis Pelancaran Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024 di sini pada Rabu (12 Julai).

Dr Hazland memberitahu, terdapat banyak syarikat dari luar negara yang berhasrat untuk berkongsi kepakaran serta teknologi dalam pembangunan hidrogen hijau.

APGH 2024 dijangka berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dari 11 hingga 13 Jun 2024 dengan sasaran menarik 100 peserta pameran, 500 delegasi persidangan dan 4,000 pelawat perdagangan. 

Info dan gambar kredit UKAS
Next Post Previous Post