Rumah panjang ranap terbakar pada hari pertama sambutan Gawai Dayak

SIBU: 80 penduduk dari 12 keluarga di Rumah Panjang Nyalai Jalan Dudong hilang tempat tinggal selepas rumah panjang mereka musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibujaya dengan bantuan BBP Sungai Merah bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 8.49 malam.

"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan rumah panjang 12 pintu satu tingkat jenis tidak kekal itu," ujarnya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan kaedah RECEO iaitu satu aliran dua breaching beserta empat nozel 200 kaki yang mana sumber air diperoleh dari jentera dan pili bomba berdekatan.

Pasukan bomba ujarnya turut menggunakan sumber air terbuka iaitu air parit dengan menggunakan pam angkut dari BBP Sg merah bagi disalurkan terus ke pam jentera BBP Sibujaya dengan kaedah Rellay Pumping.

"Pasukan bomba dalam masa sama menggunakan Kaedah pemadaman mengunakan offensive dan defensive dari bahagian tepi kiri dan kanan dalam operasi pemadaman berkenaan," jelasnya.

Setelah api berjaya dikawal, kerja-kerja overhaul dilakukan untuk memastikan tiada lagi punca-punca bahaya yang lain.

Setelah mendapati keadaan selamat dan terkawal pasukan nomba bertolak balik semula ke balai.

Mujurlah katanya kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana kesemua penghuninya berjaya lari menyelamatkan diri.

Gambar BBP Sibu
Next Post Previous Post