Teknologi baharu diumum sebelum sidang DUN - Abang Johari

KOTA SAMARAHAN-- Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal mengumumkan teknologi baharu sejurus beliau kembali dari lawatan kerja di London.

Memetik laporan TVS, menurutnya pengumuman mengenai teknologi baharu yang bakal menjadi sumber pendapatan baharu Sarawak itu akan diumumkan sebelum Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 15 hingga 24 Mei ini.

Saya dah janji (akan umum) perincian tentang teknologi baharu yang akan memberikan pendapatan baharu kepada Sarawak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang di sini, semalam.

Sementara itu, Abang Johari berangkat ke London sempena Minggu Kraf London 2023 di Malaysia Hall hari ini.

Sarawak menghantar penggiat kraf ke pameran yang berlangsung 6 hingga 14 Mei ini. 

Penyertaan Sarawak dalam pameran itu bertujuan mempromosikan kraf dari Sarawak yang menjadi lambang warisan budaya dan etnik.

Delegasi Sarawak menyertai pameran itu susulan pembabitan Malaysia di bawah naungan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Next Post Previous Post