Lelaki ditemukan tidak sedarkan diri

MIRI -- Lelaki tanpa identiti diri ditemukan terbaring tidak sedarkan diri di Jalan Kwang Tung di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada orang awam pada jam 5.10 pagi.

"Susulan itu sepasukan pihak polis dari Balai Polis Miri bergegas ke tempat kejadian.

"Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu tidak memiliki sebarang identiti pengenalan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans dari hospital Miri.

"Mayat dihantar ke hospital Miri bagi mengenal pasti punca kematian mangsa," ujarnya.

Katanya, pihak polis menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian.

"Sekiranya mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa boleh tampil ke balai polis Miri untuk perkongsian maklumat.

"Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ketua Balai Polis, Inspektor Nixon Malang ditalian 016-8865949," katanya.

📸 PDRM
Next Post Previous Post