Serah terima tugas Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak

KUCHING - Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak antara ACP James anak Jonathan dan SAC Awang Din bin Awang Gani telah diadakan di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dengan disaksikan oleh CP Dato’ Mohd Azman bin Ahmad Sapri, Pesuruhjaya Polis Sarawak.

CP Dato’ Mohd Azman bin Ahmad Sapri dalam ucapannya, mengucapkan sekalung tahniah kepada SAC Awang Din bin Awang Gani kerana telah dinaikkan pangkat ke Senior Assisten Komisioner (SAC) dan pelantikan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan PDRM Kontinjen Sarawak yang baru. 

Ia bagai sirih pulang ke gagang, selepas puas menabur bakti di semenanjung akhirnya beliau telah kembali semula untuk memberi khidmat bakti di tanah air sendiri, Sarawak Bumi Kenyalang.

 CP Dato’ Mohd Azman bin Ahmad Sapri, Pesuruhjaya Polis Sarawak juga berharap supaya beliau dapat mengekalkan momentum dalam pelaksanaan tugas yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Terdahulu Majlis Pemakaian Pangkat juga telah diadakan sempena kenaikan pangkat SAC Awang Din bin Awang Gani daripada Assisten Komisioner Polis (ACP) kepada Senior Assisten Komisioner (SAC). 

SAC Awang Din bin Awang Gani sebelum ini menjawat jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik) (JPJKK), IPK Johor 

Turut hadir dalam majlis tersebut DCP Dato Mancha anak Ata, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datin Nassariah binti Mohd Nassir, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak, Ketua-Ketua Jabatan IPK Sarawak, Ketua-Ketua Polis Daerah dan Pegawai kanan serta ahli PERKEP.
Next Post Previous Post