JPJ Sarawak lancar Ops kenderaan berat di Bintulu

Bintulu, 17 Mei 2023- Bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya, JPJ Cawangan Bintulu telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan kesalahan - kesalahan yang melibatkan kenderaan perdagangan.

Selain itu kenderaan persendirian juga tidak terkecuali dalam pemeriksaan yang telah diadakan di sepanjang laluan Pan Borneo dari arah Tatau ke Pusat Bandar Bintulu.

Dalam operasi tersebut pelbagai kesalahan telah dikenal pasti dan dikeluarkan notis ketidak akuran seperti melibatkan kesalahan kenderaan perdagangan yang membawa muatan melebihi had yang dibenarkan, memasang aksesori yang mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain(lampu LED), mengubahsuai dan memasang struktur yang tidak dibenarkan dan lain-lain kesalahan.

Hadir bersama sepanjang operasi dijalankan ialah Tuan Norizan B Jili, Pengarah JPJ Sarawak, Ketua Cawangan dan Ketua Unit Penguatkuasa JPJ Bintulu,Tuan Fredrick Kedo.

Adalah menjadi harapan jabatan operasi yang dijalankan ini mampu memberi kesedaran terutamanya kepada pemandu-pemandu kenderaan perdagangan supaya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan demi kebaikan semua pengguna jalan raya.

#MOT Malaysia
#JPJ Sarawak 
#JPJ Malaysia.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.