Samun rumah di Stampin Tengah, polis buru tiga lelaki
KUCHING-- Polis kini giat memburu tiga lelaki yang disyaki terlibat kes samun sebuah rumah Jalan Stampin Tengah dinihari semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa yang mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung kejadian samun itu berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 3.30 pagi semalam di rumah tersebut.
"Tiga suspek lelaki telah mengambil wang tunai serta barang kemas milik mangsa yang menyebabkan mangsa mengalami kerugian dianggarkan
RM20,000.
"Justeru, pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dalam usaha untuk mengesan dan menangkap
suspek yang terlibat," katanya dalam kenyataan.
Oleh itu, Merbin berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini agar menyalurkannya ke IPD Kuching atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Tegasnya, kes disiasat dibawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Jelasnya, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan sebatan.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.