Polis buru suspek lelaki larikan dompet pelanggan wanita berpandukan CCTV



SARIKEI--Pihak polis sedang mengesan suspek lelaki yang dipercayai melarikan dompet yang berisi wang tunai dan dokumen peribadi dalam beg sandang seorang pelanggan wanita di pasaraya Everwin di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Awang Arfian Awang Bujang berkata, pemeriksaan rakaman Kamera Litar Tertutup(CCTV) kelihatan seorang lelaki mengekori mangsa semasa berada dalam pasaraya itu.

"Beg sandang mangsa kelihatan terbuka selepas diekori lelaki berkenaan.

"Kita telah menerima laporan daripada seorang wanita yang juga suri rumah berusia 38 tahun pada jam 10.38 pagi Isnin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa menyedari dompetnya hilang semasa hendak membuat pembayaran di kaunter pasaraya itu pada jam 9.15 pagi.

"Selepas kejadian mangsa datang ke Balai Polis Sarikei untuk membuat laporan dan tindakan selanjutnya.

"Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini yang sedang viral di media sosial," ujarnya.

Katanya, pihak polis sedang mengesan suspek berpandukan rakaman CCTV.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.