Pikap terbalik, mangsa lesap

SIBU-- Sebuah pikap terbabas dan terbalik di tepi jalan bulatan Dudong, Jalan Durin Sibujaya di sini, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 
5.24 petang dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sibujaya ke lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.

"Anggota bomba telah membuat pemeriksaan pada kenderaan yang terlibat dan mendapati tiada mangsa berada dalam kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah memeriksa sekitar lokasi dan memastikan keadaan selamat, pihak bomba seterusnya menyerahkan tindakan seterusnya kepada pihak polis yang turut berada di lokasi kejadian.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.