OP Hire 2.0: Tiga individu ditahan reman kemuka buyit matang palsu di Selangor.

Selangor -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu dari dua syarikat berbeza kerana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja secara atas talian yang mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan berjumlah kira-kira RM1,000,000 kepada PERKESO dibawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA 2.0).

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 40 hingga 61 tahun itu dipercayai ditahan di Pejabat SPRM Selangor lewat petang semalam ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan.

Sumber berkata, dua suspek merupakan pengarah syarikat yang menjalankan perkhidmatan penghantaran manakala seorang lelaki berusia 61 tahun adalah pemilik syarikat kejuruteraan.

“Syarikat yang menjalankan perkhidmatan penghantaran ini dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu kira-kira lebih RM900,000 pada tahun 2020 hingga tahun 2022 manakala syarikat kejuruteraan itu pula mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM140,000 pada tahun 2021,” kata sumber itu lagi. 

Kesemua suspek dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada pagi ini dan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman membenarkan permohonan reman selama empat hari kepada dua suspek membabitkan syarikat yang menjalankan perkhidmatan penghantaran bermula hari ini sehingga 19 Mei 2023. 

Manakala pemilik syarikat kejuruteraan itu pula direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 18 Mei 2023.  

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009
Next Post Previous Post