Lukisan alat kelamin pada jalan berlubang paksa pihak berkuasa "turun bekerja"

ENGLAND, Tenggara-- Berang keadaan jalan berlubang di hadapan Kolej Uckfield, Sussex Timur, pengguna jalan di situ menandakan lubang-lubang di jalan berkenaan dengan gambar alat kelamin lelaki. 

Memetik laporan sebuah portal berita, WalesOnline, tanda pada lubang-lubang di jalan berkenaan ditanda dengan cat sembur putih bagi memaksa pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah tersebut membaik pulih segara jalan berkenaan. 

"Kerana sudah tidak tahan dengan keadaan jalan tersebut berlubang, pengguna di situ menandakan lubang-lubang berkenaan dengan bentuk alat kelamin lelaki

Malah, penduduk di kawasan berkenaan juga sudah hilang sabar menunggu jalan berkenaan dibaik pulih hingga memaksa mereka membuat tanda berkenaan di lubang-lubang jalan berkenaan. 

Tindakan itu berjaya menarik orang ramai yang melalui kawasan tersebut termasuk di media sosial. 

Berikutan itu, pihak berkaitan yang bertanggungjawab tampil membaik pulih jalan berkenaan. 
Next Post Previous Post