Kedai Salon RH Plaza Dimasuk Pencuri, Kebas Syampu Dan Telefon Lama

KUCHING-- Sebuah kedai salon di pusat komersial, RH Plaza BDC dipecah masuk dua lelaki yang mencuri beberapa botol syampu awal pagi semalam.

Menurut sumber, perbuatan dua pencuri terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang berlaku sekitar jam 5 pagi Selasa.

Katanya, salah seorang suspek menunggu di luar kedai salon manakala seorang lagi memecah masuk ke premis berkenaan melalui tingkat tandas dan siling.

Jelasnya, semasa kejadian itu, pemilik salon berkenaan tidak berada di Kuching.



Tambahnya, kejadian itu hanya disedari oleh kakitangan salon berkenaan semasa turun bekerja pada hari berikutnya.

"Pencuri pergi ke tingkat satu dan memecah masuk melalui tingkap tandas dan siling.

"Dalam rakam CCTV pencuri terbabit seakan-akan mencari wang tunai dalam kedai salon berkenaan.

"Beberapa botol syampu dan satu unit telefon lama telah dicuri," katanya.

Berikutan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat.

 Sehubungan itu, pihak polis diminta mengandakan rondaan di kawasan tersebut bagi mengelak kejadian seumpama ini berulang.
Next Post Previous Post