Tabika beratap buruk bahayakan murid, Chiew

MIRI— Keadaan bumbung yang bocor dan siling yang rapuh menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa dan guru Tabika Perpaduan RPR Bandar Baru Permyjaya Selasih.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man 赵俊文 berkata, beliau difahamkan sekolah itu sudah lama dibuka dan perlu kerja pembaikan segera.

"Kami dapati kemudahan asas sekolah itu sudah lama dan perlu ditambah baik terutamanya masalah bumbung bocor.

"Bukan sahaja bumbung dan siling buruk, pagar besi sekolah pun berkarat."

"Selain itu kemudahan tandas juga perlu diperbaiki untuk keselamatan dan keselesaan guru dan murid-murid," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang prihatin dengan keselamatan murid-murid itu memberitahu akan menyalurkan peruntukan bagi membiayai kerja-kerja pembaikan terutama siling kelas.

"Pada masa yang sama, saya akan melaporkan keadaan sekolah kepada Kementerian Perpaduan dan menyerahkannya kepada pihak yang berkenaan," katanya.
Next Post Previous Post