Remaja lelaki maut terkena renjatan elektrik

BINTULU--Remaja lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik di setinggan, RPR Sibiew, Jalan Air di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.18 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.
 
"Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seorang mangsa lelaki berumur 20 tahun tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik.

"Pihak bomba bersama pihak KKM ke seberang sungai untuk ke lokasi mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah membuat size up dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Next Post Previous Post