MPOB Belaga ditutup begitu sahaja?

BELAGA— Hampir 700 pekebun kecil sawit mengeluh tidak dapat melakukan urusan di Stesen Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Sungai Asap Belaga.

Senator Abun Sui Anyit berkata, beliau difahamkan stesen berkenaan sudah ditutup tanpa pengetahuan penduduk yang amat memerlukan stesen tersebut.

“Sejak beberapa hari lalu saya menerima aduan daripada penduduk Sungai Asap berkaitan pejabat MPOB ini yang berperanan sebagai stesen penyelidikan.”

“Malang lagi kerana Pejabat MPOB Sungai Asap ini terpampang nama syarikat swasta sendirian berhad. Apa maksud ini?,” 

“Rakyat Belaga juga mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku ke atas stesyen ini?”, katanya dalam kenyataan semalam.

Abun yang juga Ketua Cabang Keadilan Hulu Rajang berkata, sekiranya benar ditutup, beliau terkejut dan sedih dengan nasib yang menimpa penduduk terutama pekebun-pekebun kecil di kawasan itu.

Susulan itu beliau menggesa Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi segera campur tangan untuk memulihkan stesen tersebut demi kepentingan penduduk Belaga

“Stesen ini merupakan nadi utama kepada pekebun-pekebun kecil di sini. Kami berharap tindakan segera dapat diambil untuk membuka semula stesen ini,” katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.