Mayat lelaki reput tanpa identiti ditemukan dalam semak

SIBU-- Mayat lelaki yang sudah reput ditemukan dalam semak di tepi Jalan Kristal, Sibujaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, Balai Polis Sibujaya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.08 pagi.

Menurutnya, laporan dibuat seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun memaklumkan telah menjumpai sebuah objek menyerupai satu rangka manusia di kawasan berkenaan.

"Siasatan awal polis mendapati, objek tersebut adalah satu mayat lelaki tidak berbaju dan memakai seluar jeans warna biru dalam keadaan terbaring. 

"Keadaan mayat semasa ditemukan sudah reput dipercayai telah meninggal dunia lebih dari satu bulan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang pengenalan identiti dijumpai.

"Mayat dibawa ke Rumah Mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kehilangan ahli keluarga atau mengenali mangsa boleh berhubung dengan balai polis berhampiran," ujarnya.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Rodua ak Tayo ditalian 013-8420588 atau Bilik Gerakan IPD Sibu di talian 084-364373 bagi membantu siasatan.

Setakat ini kes diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut SDR.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.