Masyarakat Dayak pegang IC hijau mohon belas ihsan Anwar Ibrahim

MIRI— Beberapa penduduk asal dari Long Terawan, Baram dan Bario yang masih memegang kad pengenalan hijau mahu berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meluah nasib dan kesukaran hidup mereka.

Menurut penduduk tersebut, mereka terpaksa bergantung dengan kad itu yang tamat hayat setiap lima tahun.

“Ketiadaan kad ini menyebabkan mereka sukar mendapatkan bantuan.

“Lebih teruk lagi apabila urusan kesihatan mereka di kena bayaran RM40 sekali ambil darah sedangkan warganegara cuma RM1. Dan di tahan di wad antara rm600 ~ rm1000,” kata mereka ketika ditemui di Lapangan Terbang Miri hari ini.

Terdahulu mereka ditemui bersama Senator Abun Sui  sebelum berlepas ke Kuching hari ini bagi menghadiri acara yang dihadiri Anwar Ibrahim.

Kredit gambar ketibaan PMX Ibu Pejabat Japen Sarawak
Next Post Previous Post