Lelaki warganegara Brunei cemas, kereta mewah dipandu terbakar
MIRI--Lelaki warganegara Brunei Darussalam berdepan detik cemas selepas kereta mewah dipandu terbakar di Vista Perdana di sini, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam
11.14 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.
"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran kereta jenis BMW yang telah terbakar 90 peratus.
"Mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, setelah size-up dilakukan, operasi pemadaman dengan menggunakan satu saluran bantu mula air daripada tangki jentera sehingga api dapat dipadam sepenuhnya.
"Setelah memastikan keadaan sekeliling selamat, Pasukan Bomba bertolak balik ke balai," katanya.
Gambar ehsan Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.