Lelaki maut kereta kemalangan dengan pikap di Sarikei

SARIKEI-- Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu kemalangan dengan pikap di Jalan Taman Jasmin di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 
5.47 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sarikei ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan Nissan Navara dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun dan kereta Proton Saga yang dipandu mangsa, Johnny Gundak,39.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

📸Bomba Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.