Satu unit kediaman di Jalan Astana musnah terbakar

KUCHING: Dua buah rumah di Jalan Astana di sini ranap dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 6.21 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.

Sampai di lokasi pada jam 6.32 petang, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran yang berlaku yang mana kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dijalankan pada masa sekarang.

"Turut membantu memadam kebakaran ialah pasukan BBP Petra Jaya," ujarnya.

Kebakaran yang berlaku bagaimanapun tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana penghuninya berjaya lari menyelamatkan diri.

Punca kebakaran bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.

Gambar PGO Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.