Rakyat Sabah, Sarawak patut bersyukur Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia, ABUN SUI ANYIT

KUCHING--Setiap rakyat Sabah dan Sarawak harus bersyukur kerana akhirnya Malaysia mendapat seorang Perdana Menteri yang jujur dan ikhlas untuk membangunkan Sabah dan Sarawak supaya diangkat martabatnya.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak Abun Sui Anyit berkata, ini dibuktikan dalam penggulungan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan di Parlimen pada petang semalam.

Jelasnya, Perdana Menteri ke -10 mengakui Sarawak perlu bajet yang besar untuk dibangunkan. 

"Antara petikannya, sebagai contoh, jika negeri di Semenanjung memerlukan RM10 juta bajet, Sarawak akan memerlukan RM100 juta kerana Sarawak masih sangat mundur dan perlu dibangunkan. 

"Buktinya menurut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri telah bersetuju menaikkan peruntukan untuk Sarawak daripada RM16 juta setahun kepada RM300 juta setahun. Dan banyak lagi bukti yang lain," katanya menerusi kenyataan media hari ini. 

Tegas Abun, kenyataan ini harus disokong dan rakyat Sabah dan Sarawak sewajarnya perlu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi lagi kepada Anwar.

"Sebagai penduduk yang berasal dari kawasan pedalaman Belaga, Sarawak, yang masih mundur, saya merayu agar Belaga dibangunkan dengan pesat bagi menghargai pengorbanan besar yang penduduk Belaga telah berikan untuk Kerajaan Persekutuan membina empangan mega Bakun dahulu sebelum dijual kepada Sarawak.

"Dua empangan mega Murum dan Baleh juga berada dalam Parlimen Hulu Rajang. 

"Maka adalah sangat wajarlah Belaga dibangunkan seperti kawasan lain di Sarawak," ujarnya. 

Tambahnya, apabila Anwar ada tekad politik memajukan Sarawak, seperti Daerah Belaga, beliau merayu agar Kerajaan Sarawak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Perpaduan. 

"Kita bersyukur mempunyai Perdana Menteri yang benar-benar memahami keperluan untuk membangunkan pedalaman Sarawak ketika ini," katanya lagi.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.