Pembekal sayur warga emas koma dibelasah dalam rompakan kejam

KUCHING-- Seorang lelaki warga emas kini dalam keadaan koma akibat dibelasah dengan kejam oleh perompak di sebuah kedai kopi berhadapan pasar Pentanak Ahad tengah hari.

Menurut sumber, suspek memukul mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an itu dengan objek tumpul di kepala dalam bilik tandas awam di kedai tersebut.

Lebih menyayat hati, selepas dipukul suspek, muka mangsa dihempap dengan sekartun air mineral menyebabkannya terbaring berlumuran darah di tandas tersebut.    

Difahamkan, suspek dipercayai warga asing yang telah bekerja sebulan di kedai kopi tersebut.

Suspek datang untuk membuka kedai kopi tersebut manakala mangsa tiba sekitar jam 12.59 tengah hari lalu meletakkan kerusi di hadapan untuk menghalang pelanggan masuk, untuk melaksanakan rancangan jahat beliau untuk merompak.

Menurut saudara mangsa, bapa saudaranya merupakan seorang pemborong sayur-sayuran yang membekalkan sayur-sayuran ke pasar Pentanak. 

Katanya, mangsa biasa mengumpul wang pada sebelah petang dan minum kopinya di sana. 

Anak saudara itu percaya suspek telah memantau pergerakannya sejak sebulan lalu.

Selain itu, beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menunggu di luar tandas dan apabila mangsa keluar, dia memukulnya beberapa kali. 

Rakaman itu turut menunjukkan semasa mangsa mengalami pendarahan suspek berterusan menumbuk kepala mangsa walaupun dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

Dia kemudian mengambil segumpal wang kertas dan kemudian menukar pakaiannya dari beg galas yang diletakkan berdekatan.

Suspek malah sempat membersihkan diri, bertukar baju kemeja-t gelapnya apabila mangsa tidak sedarkan diri, namun terus membelasahnya sesudah itu apabila melihat orang tua itu masih bergerak. 

Selesai bertukar baju, rakaman CCTV menunjukkan saspek lengkap berpakaian mengambil kotak minuman sekali lagi lalu menghempasnya ke atas kepala mangsa seolah mahu menghabisi orang tua itu sebelum beredar.

Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan dan tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, hari ini, mangsa telah sedar namun tidak dapat bercakap dengan polis kerana masih trauma.

Dipercayai mangsa mengalami kecederaan serius di kepalanya.

Rakaman CCTV juga memaparkan dengan jelas wajah saspek yang memungkinkan kerja mengesan beliau lebih mudah kerana identiti sudah diketahui.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.