Maut dihempap bucket lori

SIBU--Pemandu lori lelaki maut selepas dihempap bucket lori ketika membuat pemeriksaan pada lori tersebut di lorong Tun Ahmad Zaidi 1, Jalan Lada, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali Young Leh Kui, 57.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.05 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sibu ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, didapati seorang mangsa lelaki iaitu pemandu lori tersebut sedang tersepit di bawah bucket lori.

"Pasukan bomba bertindak membuat size up dan menjalankan operasi dengan kaedah "saver" untuk menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah bucket lori menggunakan peralatan rescue tools," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba, mangsa diserahkan kepada pihak ambulan KKM untuk pemeriksaan lanjut.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.
Next Post Previous Post