Lima cedera, kemalangan dua kereta

SONG—Lima individu cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Jalan Temalat sekitar jam 5 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song digegaskan ke lokasi kejadian untuk menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dan Proton Saga.”

“Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit pada bahagian tempat duduk penumpang yang tersepit menggunakan peralatan RTA telescopic ram untuk merenggang di bahagian A post dan strecher.”

“Tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan ringan kemudiannya dibawa pihak KKM menggunakan ambulans ke Klinik Kesihatan Song untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setelah selesai pasukan bomba bertolak balik ke balai.

Gambar PGO Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.