Lelaki bawa rokok seludup ditahan polis

 
PADAWAN-- Seorang lelaki tempatan diberkas ketika membawa rokok seludup di Batu 14 Jalan Serian-Kuching pada Rabu lalu. 

Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPM W5) Sarawak dalam kenyataan berkata, suspek ketika memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ditahan sekitar jam 7.52 malam oleh sepasukan Unit Risik Marin (URM) Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPM W5) Kuching. 

"Semasa menahan dan memeriksa pemandu terbabit telah menemukan sejumlah kotak yang disyaki rokok seludup," katanya. 

Jelasnya pemandu terbabit gagal mengemukakan sebarang bukti dokumen berkaitan dengan pemilikan barangan tersebut.

Berikutan itu, tegasnya, kesemua barang rampasan dan tangkapan diserah dan dirujuk kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
Next Post Previous Post