Laluan 4 hala Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bintulu, Miri dibuka 17 Mac

MIRI— Laluan empat hala jalan dari Batu 42 hingga Batu 74, Jalan Miri - Bintulu, Seksyen Bakun (WPC10) Lebuhraya Pan Borneo Sarawak akan dibuka pada 17 Mac ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR)Sarawak dalam notis hari ini memberitahu, lokasi laluan tersebut meliputi laluan memotong selepas Simpang Labang sehingga laluan memotong di SOP Gelasah.
“Sehubungan itu, pengguna-penguna jalan raya diminta berhati-hati ketika memandu di laluan
berkenaan semasa tempoh pembukaan sedang dijalankan dan, mematuhi segala
pengurusan trafik untuk keselamatan dengan perhatian khusus,” menurut notis itu.

“Kerja-kerja pemeriksaan "Outstanding and Defect" akan dijalankan pada 20 Mac sehingga 31 Mac di laluan Miri menghala ke arah Bintulu.


“Para pemeriksa akan berada di lorong perlahan (slow lane) bagi
menjalankan kerja-kerja tersebut,” menurut notis itu.

JKR mengingatkan pengguna jalan raya terus dikehendaki mematuhi papan tanda
had laju iaitu, 50km/j dan 30km/j di kawasan kerja.

Menurutnya, pihak kontraktor akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada
tarikh atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja tersebut. 

Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan di kawasan terlibat.

Segala kesulitan amatlah dikesali. Sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik tersebut, sila hubungi Unit Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, JKR Sarawak di talian 
082-230 879.
Next Post Previous Post