Gelandangan maut dilanggar lari

SIBU: Pejalan kaki lelaki yang juga gelandangan maut dipercayai menjadi mangsa langgar lari sebuah kenderaan tidak diketahui ketika hendak melintas jalan di Jalan Oya di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 11.35 malam.

"Kemalangan berlaku ketika mangsa berusia 30-an sedang melintas jalan di tempat kejadian.

 "Akibat kemalangan, pejalan kaki mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans daripada Hospital Sibu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak polis meminta waris atau orang awam yang mengenali mangsa boleh tampil memberi maklumat berhubung kes itu.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Salman Zulfitri Sheekandar ditalian 013-9999269. 

"Pihak polis masih menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tegasnya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.