Kereta tenggelam, rumah roboh - penduduk Mupoh, Layar dilanda musibah
BETONG: Hujan lebat semalaman mengundang musibah kepada penduduk di kawasan Mupoh, Layar setelah air sungai mendadak naik menyebabkan harta benda penduduk musnah.
Menurut Pegawai Operasi BBP Betong PBK1 Henry Jugah, kejadian mula dikesan berlaku sekitar jam 4 pagi apabila penduduk menyedari kejadian tanah runtuh yang menimbus dinding rumah dan menjejaskan kediaman beberapa penduduk.
"Pasukan Bomba digerakkan ke lokasi kejadian sekitar jam 4.30 pagi untuk memantau dan membantu mangsa.
"Tanah menggelongsor di belakang kediaman penduduk Mupoh Baroh menghempap dinding menyebabkan rumah penduduk roboh," katanya.
Tambahnya, ketika anggota ke lokasi laluan masih boleh digunakan untuk sampai ke lokasi.
"Air sungai yang mendadak naik dengan deras dan kesan hujan yang lebat telah menghakis beberapa kawasan lereng bukit dan tepi sungai.
"Walau bagaimanapun laluan yang digunakan untuk menyeberang ke rumah panjang tersebut telah ampuh dinaiki air.
"Selain itu jalan masuk yang menenggelamkan jambatan yang menjadi nadi utama penduduk untuk keluar.
"Dalam masa yang sama kami banyak menerima laporan tentang kejadian yang memerlukan bantuan pihak kami untuk hadir ke lokasi," ujarnya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.