Kecelakaan tempat kerja, remaja maut dihempap besi pagar.
SIBU: Nasib malang menimpa seorang remaja lelaki berusia 18 tahun selepas maut dihempap besi pagar seberat dua tan di sebuah bengkel pengangkutan jentera berat di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, semalam.
Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di tempat kejadian dan mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat dihempap besi pagar berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun pada jam 10.48 pagi.
"Siasatan yang dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan.
"Mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahuii punca kematian mangsa dalam masa terdekat.
Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR).
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.