Juruwang songlap RM401,720.16
MIRI -- Seorang juruwang timbang sawit di Niah berusia 32 tahun ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan jumlah sebanyak RM401,720.16.
Wanita itu ditahan pada Khamis, susulan satu laporan yang dibuat pegawai eksekutif syarikat ladang sawit berhubung wang yang disonglap itu.
"Pengadu membuat laporan polis selepas mendapat tahu daripada pelanggan bahawa suspek tidak menyerahkan bayaran kepada mereka selepas jualan buah kelapa sawit bagi temooh 23 November tahun lepas sehingga 7 Mac tahun ini,"ujar Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu.
Hasil siasatan awal mendapati suspek telah melakukan kesalahan pecah amanah jenayah dengan menggunakan wang milik majikan untuk kepentingan peribadi dan tidak membuat bayaran kepada pelanggan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.
Jika disabit kesalahan, boleh dipenjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun, sebat dan denda.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.