Dua cedera kemalangan dua kenderaan di Jalan Tun Razak

KUCHING--Dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di hadapan Penview Hotel, Jalan Tun Razak di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.57 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah Produa Bezza dan sebuah Produa Viva. Seorang mangsa perempuan berusia 29 tahun penumpang kereta Produa Bezza dikeluarkan anggota Unit Emrs dan seterusnya diberi rawatan awal dilokasi kejadian. 

"Pemandu kereta Produa Viva lelaki berusia 27 tahun yang tidak tersepit berjaya dikeluarkan manakala seorang lagi penumpang lelaki kereta Produa Viva selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa perempuan dihantar ke hospital menggunakan jentera Emrs manakala mangsa lelaki dihantar ke hospital menggunakan ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah Kuching.
Next Post Previous Post