Curi spender perempuan, buruh binaan berusia 45 tahun didenda RM2,400

SELANGOR-- Padah mencuri seluar dalam wanita di sebuah taman perumahan, seorang buruh binaan dijatuhkan hukuman denda RM2,400 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. 

Liew Chee Hoong, 45, mengaku bersalah selepas jurubahasa membaca pertuduhan itu di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut, tertuduh diperintah untuk menjalani hukuman penjara tiga bulan. 

Mengikut pertuduhan, Chee Hoong didakwa mencuri dua helai seluar dalam milik seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah rumah di Bandar Sri Damansara pada jam 6 petang, 23 Februari 2023. 

Untuk kesalahan itu, Chee Hoong didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Md Kamal. Manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Tertuduh bagaimanapun merayu hukuman denda paling rendah diberikan memandangkan dia hanya bekerja sebagai buruh binaan dengan gaji RM1,000 sebulan, selain perlu menyara datuknya yang berada di kampung. 

Sumber: Harian Metro
Kredit gambar Harian Metro
Next Post Previous Post