Chong bantu graduan cemerlang dapat pengecualian bayar PTPTN

KUCHING-- Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen telah bertemu dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying bagi membantu graduan dari dari Kuching dengan kepujian kelas pertama mendapat pengecualian pembayaran balik pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Menurutnya,pemohon telah memperoleh Kepujian Kelas Pertama untuk kursus ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Perniagaan dari universiti UCSI. 

"Oleh itu, beliau memohon kepada PTPTN untuk mengetepikan pembayaran balik pinjaman PTPTN menurut salah satu syarat perjanjian pinjaman bahawa pinjamannya akan diketepikan jika dia memperoleh Kepujian Kelas Pertama untuk ijazahnya. 

"Bagaimanapun, PTPTN menolak permohonannya atas alasan 'tidak menyelesaikan' kursus dalam tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian pinjaman," katanya.

Beliau kemudian merayu kepada PTPTN untuk semakan semula keputusan penolakan itu atas alasan kelewatan itu disebabkan universiti telah menjadualkan semula masa tamat kursus kerana pandemik COVID-19. 

"Rayuan telah dikemukakan pada penghujung Disember tahun lalu tetapi sehingga hari ini PTTPN tidak memberikan sebarang jawapan mengenainya. 

"Timbalan Menteri Pendidikan bersetuju akan membawa perkara ini kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk mencari jalan penyelesaian walaupun PTPTN adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi," ujarnya.
Next Post Previous Post